Wednesday, April 26, 2006 

for someone i care~



作詞: 小渕健太郎 作曲: 黒田俊介

※名もない花には名前を付けましょう
この世に一つしかない
冬の寒さに打ちひしがれないように
誰かの声でまた起き上がれるように※

土の中で眠る命のかたまり
アスファルト押しのけて
会うたびにいつも 会えない時の寂しさ
分けあう二人 太陽と月のようで
実のならない花も 蕾のまま散る花も
あなたと誰かのこれからを
春の風を浴びて見てる

△桜の花びら散るたびに
届かぬ思いがまた一つ
涙と笑顔に消されてく
そしてまた大人になった
追いかけるだけの悲しみは
強く清らかな悲しみは
いつまでも変わることの無い△

無くさないで 君の中に 
咲く Love…

街の中見かけた君は寂しげに
人ごみに紛れてた
あの頃の 澄んだ瞳の奥の輝き
時の速さに汚されてしまわぬように
何も話さないで
言葉にならないはずさ
流した涙は雨となり
僕の心の傷いやす
人はみな 心の岸辺に
手放したくない花がある
それはたくましい花じゃなく
儚く揺れる 一輪花
花びらの数と同じだけ
生きていく強さを感じる
嵐 吹く 風に打たれても
やまない雨は無いはずと

(△くり返し)

君の中に 僕の中に 
咲く Love…

(※くり返し)

Monday, April 24, 2006 

sakura...

Kobukuro


Na mo nai hana ni wa namae wo duke mashou
Kono yo ni hitotsu shika nai
Fuyu no samusa ni uchi hishigare nai you ni
Dareka no koe de mata oki agareru you ni

Tsuchi no naka de nemuru inochi no katamari
ASUFARUTO oshi nokete
Au tabi ni itsumo ae nai toki no samishi sa
Wake au futari taiyou to tsuki no you de
Mi no nara nai hana mo tsubomi no mama chiru hana mo
Anata to dareka no korekara wo
Haru no kaze wo abite miteru

Sakura no hanabira chiru tabi ni
Todokanu omoi ga mata hitotsu
Namida to egao ni kesareteku
Soshite mata otona ni natta
Oikakeru dake no kanashimi wa
Tsuyoku kiyorakana kanashimi wa
Itsumademo kawaru koto no nai**

Nakusa naide kimi no naka ni
Saku Love...

Machi no naka mikaketa kimi wa sabishige ni
Hitogomi ni magireteta
Ano goro no sunda hitomi no oku no kagayaki
Toki no hayasa ni yogosarete shimawanu you ni
Nanimo hanasa naide
Kotoba ni nara nai hazu sa
Nagashita namida wa ame tonari
Boku no kokoro no kizu iyasu
Hito wa mina kokoro no kishibe ni
Tebanashi takunai hana ga aru
Sore wa takumashii hana ja naku
Hakanaku yureru ichirin hana
Hanabira no kazu to onaji dake
Ikite yuku tsuyosa wo kanjiru
Arashi fuku kaze ni utaretemo
Yama nai ame wa nai hazu to


Kimi no naka ni boku no naka ni
Saku Love...

Wednesday, April 12, 2006 

behind the wall

KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286


RASA FRUST?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan
kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..

-Surah At-Taubah ayat 111


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12

Thursday, March 30, 2006 

palestin: tanah yang dijanjikan

Di dalam menyikapi isu Palestin, adalah tidak wajar jika seseorang tidak menelusuri sejarah asal-usul permasalahan yang wujud dan hanya melihat kepada simptom yang telah sedia wujud. Lebih naif lagi, apabila wujud mereka yang mengatakan isu Palestin adalah isu pertelingkahan antara dua bangsa yang berkongsi hak ke atas sebidang tanah. Perlu difahami, isu Palestin bukanlah bermula dengan ertelingkahan di antara dua bangsa yang dahulnya hidup aman damai dan kemudiannya bertelingkah dan kemudiannya tidak tahu bagaimana untuk berhenti bertelingkah sehingga berdekad-deka Dalam kes ini saya suka untuk merujuk kepada kitab perjanjian lama (old testament) itu sendiri yang menjadi rujukan utama para agamawan Yahudi dan kemudiannya kepada tulisan-tulisan mereka yang dianggap autoriti di dalam bidang sejarah Yahudi oleh mereka sendiri dan juga dunia akademik yang tidak bersempadan.

Menurut penulisan-penulisan mereka, sebab utama yang membawa kaum Yahudi berhijrah beramai-ramai ke bumi Palestin adalah sebab agama. Bagi kaum Yahudi, tidak kira samada mereka yang berpegang kuat dengan ajaran agama Yahudi mahupun mereka yang sekularis tetap beriman bahawa Palestin merupakan sebuah tempat yang dijanjikan oleh Tuhan (yang mereka sebut sebagai Yahweh) kepada bangsa Yahudi. Teori ini walau bagaimanapun masih terbuka kepada kritikan dari kalangan ilmuan berbangsa Yahudi sendiri, samada dari mereka yang liberal mahupun dari kalangan penganut fahaman ortodoks.

Bagi para pengkritik ide Zionisme pula, mereka menyangkal bahawa faktor agama merupakan faktor utama yang memotivasikan kaum Yahudi dari seluruh pelusuk dunia untuk berhijrah ke Palestin. Menurut mereka faktor politik, sosio ekonomi, pengarug faham Nasionalis di Eropah, faktor kolonialisme dan juga faktor anti-Semitik yang mendominasi masyarakat barat ketika itulah yang menjadi tunjang kepada ide negara Israel untuk orang Yahudi. Agama hanyalah alasan untuk pihak penganut fahaman Zionisme mendapatkan sokongan dari para Rabbi (ulama) yang merupakan golongan yang paling berpengaruh di kalangan majoriti kaum Yahudi dari kelas sederhana dan kelas bawahan yang beriman dengan tradisi “autoritarian” yang menjadi budaya dalam masyarakat Yahudi selama berabad-abad lamanya.

Pandangan pertama yang mengatakan bahawa faktor agama merupakan faktor pendorong dalam isu penghijrahan mempunyai asasnya yang kukuh. Kebanyakan mereka yang berbangsa Yahudi dan beriman bahawa Tuhan Yahweh telah menjanjikan kepada Bangsa Yahudi bumi Palestin melalui Nabi Ibrahim di dalam kitab Perjanjian Lama yang berbunyi: “Unto thy seed will I give this land” (Dan kepada keturunanmu akan kuberikan tanah ini), Genesis 12:7.

Dalam Genesis 13:15 pula, “tanah” yang dijanjikan itu diperincikan sebagai: “All the land which thou seest to thee will I give it and to thy seed for ever” (Seluruh tanah ini yang dapat kamu lihat sehingga kepadaKu akan ku berikan kepada keturunanmu selama-lamanya) ketika Nabi Ibrahim berdiri di atas bukit berdekatan dengan Bethel.

Lebih terperinci lagi, di dalam Genesis 15:18 ada menyebutkan: “Unto thy seed have I given this land, from the river of Egypt unto the great river Euphrates”.(Untuk keturunanmu Aku telah berikan tanah ini, dari sungai Mesir (Nil) sehinggalah ke sungai besar Euphrates)

Hatta Theodore Herzl sendiripun, yang merupakan seorang atheis, apabila meletakkan sempadan untuk Erez Yizrael yang ingin diasaskannya telah mengambil panduan dari Genesis 15:18.

Persoalannya di sini, adakah bukti-bukti dari "Torah" tersebut merupakan dalil-dalil yang kukuh untuk mereka melegitimasikan kepulangan mereka ke bumi Palestin?, persoalan ini telah dijawab sendiri oleh pakar-pakar "Torah" atau "Old Testament" dari beberapa sudut.

Yang pertama, pentafsiran terhadap “thy seed” yang berhak mewarisi bumi Palestin, terutamanya kota “Baitul Maqdis” yang mereka sebutkan sebagai “Urshaleem”. Adakah “thy seed” itu hanya merujuk kepada bangsa Yahudi dan seirng kali ingin mendominasi genetik “kenabian” dan “semitisme” ?

Dr. Alfred Guillaume, Profesor dan pakar berkaitan “Old Testament Studies” di University of London dalam hal ini telag mengatakan:

“Generally supposed that these promises were made to the Jews and no to the Jews alone. But that is not what the Bible says. The words “to thy seed” inevitably include Arabs, both Muslims and Christians, who claim descent from Abraham through his son Ishmael”

Tegas beliau, di dalam Genesis, 21:10-12 terdapat tafsiran untuk perkataan “thy seed”, tuhan Yahweh telah berkata kepada Ibrahim:

“Let it not be grievous in thy sight because of the lad and because of thy bondwoman; in all that Sarah saith unto thee hearken unto her voice: for Isaac I shall seed be called unto thee. And also the son of the Bondwoman (Ishmael) will I make a nation, because he is thy seed”.

Beliau menambah lagi, keturunan Isaac (Ishaq) digelar sebagai “Israelites” (Bani Israel), Jacob (Yaaqub) anak Ishaq digelar “Israel”. Maka keturunan Ishmaellah yang paling sesuai untuk dinisbahkan kepada Inrahim, dan mereka jugalah yang paling layak untuk digelar “thy seed”.

Tambah beliau, apabila perjanjian (covenant) yang tuhan Yahweh untuk memberikan kepada Nabi Ibrahim pewarisan bumi Kan’an (Palestin) kepada keturunannya, ianya adalah untuk keturunan Ismail. Logiknya, menurut beliau, pewarisan tersebut dilakukan ketika upacara “berkhatan” salah seorang daripada anak Ibrahim (rujuk: Genesis, chapter 17:8). Jelas di dalam ayat tersebut menunjukkan bahawa yang dikhatankan adalah Ishmael, dan Ishaq belum lagi dilahirkan pada waktu Ibrahim mengkhatankan Ishaq.

Keduanya, menurut Arthur Koesler, seorang pakar sejarah, kebanyakan bangsa Yahudi yang mendokong idea Zionisme dan juga ide kepulangan ke bumi yang dijanjikan adalah Yahudi dari keturunan Ashkenazi. Yahudi Ashkenazi bukanlah dari keturunan Bani Israel (Yaaqub), tetapi dari bangsa Rusia Khazar yang telah memeluk agama Yahudi pada kurun ke-...... apabila raja memeluk agama tersebut. Boleh dikatakan 70% daripada Yahudi yang ada di bumi Palestin yang dijajah adalah mereka dari Yahudi Ashkenazi. Oleh yang demikian, mereka tidak layak untuk mendapat gelaran “thy seed”, kerana tiada langsung hubungan di antara mereka dengan Nabi Ibrahim.

Ketiga, jika pun memang bumi itu dijanjikan kepada kaum Yahudi. Mereka telah pun menduduki bumi tersebut (sebahagian dan bukan kesemuanya) dan telah kehilangannya sebanyak dua kali. Kali pertama sewaktu mereka diserang oleh Nebuchadnezar pada tahun 586 S.M dan dibawa berhijrah ke Babylon, dan yang keduanya pada tahun 70 M apabila mereka diserang oleh Titus dari Empayar Roman, yang telah menyaksikan Yahudi terakhir meninggalkan bumi Palestin pada tahun 132M. Maknanya janji itu telah pun berlaku, dan ianya tidak akan berulang. Maknanya Tuhan Yahweh telah pun menunaikan janji tersebut dan mereka gagal menjaganya. Janji tersebut juga, hanya laku untuk kali pertama sahaja dan bukan untuk kali kedua dan ketiga.

Bagi golongan yang menggunakan alasan agama juga, mereka berdalilkan pendudukan Bani Israel di bumi tersebut di zaman Yoshua bin Nun, zaman Daud dan Sulaiman yang pernah memerintah kawasan tersebut dan juga keturunan mereka yang berkuasa untuk beberapa abad seperti yang terdapat di dalam juzuk “The Kings” di dalam Old Testament. Hujah ini bukan hanya diimani oleh kaum Yahudi , malah diimani juga oleh segolongan Kristian bermazhab Protestant yang dikenali juga dengan nama Kristian Zionis (kini mereka mempunyai institusi yang bernama “International Christian Embassy in Jerusalem” (ICEJ) yang berpusat di Baitul Maqdis dan merupakan penyokong kuat ide penubuhan negara Yahudi).

Hujah mereka, kaum Yahudi diriwayatkan di dalam Old Testament telah mendiami dan berkuasa di bumi Palestin. Maka mereka juga berhak untuk kembali mendiami bumi tersebut kerana “historical” dan “sentimental” value yang terdapat pada bumi itu kepada bangsa Yahudi. Maka usaha-usaha untuk mengembalikan mereka juga merupakan satu usaha yang bersifat “ketuhanan” dan bertepatan dengan kandungan “Old Testment” dan ianya adalah usaha mengulangi kegemilangan zaman para nabi.

Hujah seumpama ini telah ditolak oleh golongan Yahudi Ortodoks yang berpegang dengan ajaran sebenar Yahudi seperti golongan Naturei Karta yang bermazhab Hesedim. Menurut mereka, aqidah sebenar kaum Yahudi mengatakan bahawa selepas mereka diusir dari bumi Palestin di zaman Nebuchadnezar, mereka tidak boleh lagi pulang ke bumi tersebut sehinggalah datangnya Messiah di akhir zaman yang akan membawa mereka pulang dan memimpin mereka. Selagi Messiah ini tidak muncul, kaum Yahudi HARAM pulang ke bumi tersebut. Ini jugalah merupakan inti ajaran Talmud (Meshna Tora) yang merupakan kitab penafsiran kepada Old Testament mereka.

Tidak hairanlah sewaktu gerakan Zionis muncul pada tahun 1897 dengan ide Herzl untuk mengembalikan orang Yahudi ke bumi Palestin dan menubuhkan negara mereka sendiri, kaum Yahudi Ortodoks menentangnya. Rabbi-rabbi Yahudi di Eropah juga telah mengeluarkan fatwa bahawa Herzl telah murtad dan gerakan Zionis adalah sebuah grakan yang sesat dan terkeluar dari agama Yahudi. Jika tidak kerana fatwa Rabbi Cook the elder pada tahun 1925 dan juga peristiwa Holocaust serta sokongan Kaum Zionis Kristian di Eropah, nescaya projek Zionis tidak akan mendapat sokongan majoriti kaum Yahudi. Oleh sebab itulah sehingga kini terdapat segelintir kaum Yahudi Ortodoks di Eropah, AS dan juga negara-negara Arab dan di Afrika Selatan yang menentang penubuhan negara Israel dan juga gerakan Zionisme.

Bagi Micheal Prior, Illan Papei dan juga Elizabeth Barlow (lihat: Prior 2005, Speaking the Truth), mereka semua mengutarakn kritikan yang amat menarik. Bagi mereka kekeliruan para penganut Kristian Protestant yang menjadi penyokong dan penggerak Kristian Zionis adalah berpunca dari kesilapan mereka di dalam memahami teks Old Testament. Mereka sepatutnya membaca apa sahaja yang terkandung di dalam juzuk “The Kings” itu sebagai bahan atau cerita sejarah dan bukannya satu suruhan dan arahan kudus untuk mereka mengembalikannya. Ianya adalah cerita dan sejarah semata-mata untuk dijadikan iktibar dan bukan untuk diulangi. Menurut Barlow lagi, tiada pun dalil di dalam Old Testament yang menyuruh samada penganut agama Yahudi mahupun penganut agama Kristian untuk mengulangi peristiwa tersebut dengan membawa pulang kaum Yahudi ke bumi Palestin. Itu semua merupakan takwilan yang jauh dari kehendak nas-nas old testament!

Walau apa pun hujah mereka, jelas sandaran mereka terhadap agama dan juga kitab-kitab suci mereka adalah tidak berasas dan amat goyah. Kebanyakan daripada hujah-hujah tersebut hanyalah takwilan golongan Zionis demi menjustifikasikan kewujudan mereka di bumi Palestin. Golongan Zionis yang menyedari bahawa projek penubuhan Erezt Yizrael adalah bertentangan dengan aqidah Kaum Yahudi pada asalnya terpaksa mencari penafsiran semula kitab Torah (Old Testament) demi menyokong usaha mereka yangsemata-mata timbul dari ideologi Nasionalisme dan Imperialisme yang begitu kemaruk di Eropah sewaktu kemunculan mereka. Tidak hairanlah mengapa Herzl di penghujung hayatnya telah mengubah pendiriannya untuk menubuhkan Erezt Yizrael ke bumi Ghana. Jika ianya suruhan suci dan kudus, mengapa boleh bertukar-tukar tempat pula, ternyata ianya adalah isyarat oleh Herzl bahawa projek Zionisme bukanlah projek yang ada kaitannya dengan agama dan boleh hancur bila-bila masa sahaja.

Tuesday, March 28, 2006 

rahsia wanita

Mungkin tidak ramai diantara kita yang pernah mendengar bahawa kita mempunyai beberapa sifat yang dipengaruhi oleh unsur-unsur alam seperti tanah, air, api dan angin. Perkara ini merupakan petua orang-orang Melayu bagi memilih pasangan. Bagi lelaki yang berunsur api elakkan dari memilih pasangan yang mempunyai unsur sepertinya.

Tapi itu hanyalah pandangan orang tua-tua. Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga.
i) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan
ii) Air - kedua, Keenam, kesepuluh
iii) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
iv) Angin - keempat, kelapan, kedua-belas

Wanita berunsur Tanah
Tanah yang subur mempu membuahi tanaman yang hijau dan mekar. Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti:
1)Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami.
2)Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah.
3)Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang.
4)Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami.

Wanita berunsurkan Air
Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
1)Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat.
2)Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup.
3)Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak.
4)Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.

Wanita yang berunsurkan Api
Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita bersifat api:
1)Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu.
2)Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal rumahtangga.
3)Penasihat yang baik kepada suami.
4)Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga. Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik dihadapan suami.
5)Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.

Wanita berunsur Angin
Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan angin:
1)Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami.

Monday, March 27, 2006 

pesanan untuk kita semua..

Ertinya:
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda, "Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor Iembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya".

H.R. Muslim

Keterangan
Kebenaran sabdaan Rasulullah saw. ini dapat kita lihat dari realiti masyarakat yang ada pada hari ini. Ada golongan yang suka memukul orang dengan cemeti tanpa soal-siasat, bertindak kepada manusia dengan hukum rimba. Dan ramai perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang. Maksudnya, kalau kita hendak katakan berpakaian pun boleh, kerana masih ada secarik kain di atas badan, dan kalau kita hendak katakan bertelanjang pun boleh, kerana walau pun berpakaian tetapi hanya dengan secarik kain sahaja, maka samalah dengan bertelanjang. Atau pun ia berpakaian dengan pakaian yang sangat tipis sehingga menampakkan warna kulit dan mencorakkan bentuk aurat. Kemudian berjalan sambil menghayun-hayunkan badan dengan sanggul yang besar, seperti gob unta.

Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk ke dalam syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya, walaupun semerbak wanginya telah tercium dari jarak perjalanan selama 500 tahun sebelum sampai kepadanya.

 

feminis malaysia

petikan ini adalah dari "surat pembaca Harakahdaily.net".apa pendapat anda?

Saya menyelar perbuatan feminis-feminis negara, yang sejak akhir ini makin gemar (sedar atau tidak) menghina agama sendiri. Memang mereka ini tidak akan puas-puas sehingga mereka fikir mendapat kebebasan seperti feminis barat. Tetapi mereka sendiri tidak sedar, Islamlah satu-satunya agama yang tinggal, yang masih memelihara hak-hak wanita dan keluarga secara perundangan. Sesiapa jua boleh mengadu di mahkamah, seperti yang terkandung dalam perjanjian nikah dan setiap pernikahan sah dalam negara.

Kristian di barat sendiri sudah hancur. Kini sebarang masalah keluarga di sana perlu pergi sendiri ke mahkamah sivil untuk diselesaikan dengan kos yang mahal. Ramai ibu-ibu tunggal yang kurang mampu di barat teruskan hidup mereka tanpa pembelaan. Malah hidup mereka lebih teruk dan hina diperlakukan sebagai barang seks murahan dan kerap kali bertukar pasangan.

Feminis di Malaysia tak usahlah berlagak macam juara dalam Islam. Perkara yang asas pun tak boleh buat. Memanglah jadi trend sekarang, apabila dah jadi feminis, maka tak perlulah pakai tudung dan ada yang tayang dada pula, bagi mereka itu hak mereka. Mengaku pula beriman dan bertakwa! Mereka bangga menunjukkan keengganan dan kedegilan mereka itu. Sikap mereka ini tak ada bezanya dengan pengikut Ayah Pin yang enggan pakai tudung. Tetapi mereka ini tahu pula pakai tudung bila masuk mahkamah syariah, pergi majlis agama atau bila ada ibu mereka meninggal. Memang dasar hipokrit dan tak takutkan perintah Allah swt, tapi tahu pula malu dengan orang.

An Nur dalam ayat 31 " dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami..."

Sudah jelas menunjukkan betapa perlu orang perempuan (akil baligh) memakai tudung dengan betul, sehingga menutupi dada. Bagaimana pula para feminis ini langsung tak pakai tudung? Berapa banyak pula hadis-hadis sahih membicarakan hal ini. Tapi memang dasar mereka ini keras kepala, tak malu pula nak membicarakan hal-hal agama.

Tak pernah pula saya lihat orang, tokoh dan ulama agama Islam lelaki yang mereka tuduh tidak adil dalam merangka perundangan syariah, memakai seluar pendek untuk menunjukkan kejaguhan mereka.

Inilah mentaliti feminis Malaysia, yang bukan menunjukkan kejaguhan mereka, tetapi menunjukkan kebodohan mereka walaupun ada yang bergelar profesional dan datin. Mereka ini meletakan akal mereka di kepala lutut, dan sangat memualkan saya melihatnya.

Saturday, March 25, 2006 

ingatlah wahai hamba Allah

berkata Anas Bin Malik r.a

Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia tentang 10 perkara;

Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.

Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.

Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.

Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.

Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.

Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku

Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.

Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.

Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.

 

Perodua or Proton?

The 2 top Malaysian Car Makers. Perodua and Proton. Just recently, Perodua has just launched their Myvi, which in my opinion is one of the greatest car by Perodua, though the design is yet another ciplak from Daihatsu and Toyota. To get into the competition, Proton will launch the Tiara Replacement Model and Satria Replacement model.

I am not much of a car freak. But if I am to compare Proton and Perodua, I’d go for Perodua. Last time, I don’t even bother thinking about Perodua, since all they have is compact car, doesn’t interest me. Now, they have Myvi. Myvi is quite spacious, and claims to be as spacious as Proton Wira. It seems small, but it is big. For a person as tall as me, I felt quite comfortable sitting in the driver seats and the seat at the back. Myvi is indeed great.

My brother has quite active in some Malaysian Car Enthusiast forum, I’m not sure what the link is. Anyway, most people there claims that Perodua is much better than Proton. Hah, I totally agree. People who owns a Proton car always face problem. I still remember the “engine got fire in Proton Gen-2″ news a few years back (or was it last year). And what Proton did is replace that person’s Gen-2 with a Proton Wira!! Now, as you can see, in terms of Quality Control, so far Perodua has no problem, but Proton? A lot. In terms of customer support? Hey, a Gen-2 is replaced with Wira?

Proton has to be improved in order to match with those big car companies. If Proton did really want to go international, come on, why don’t improve the local one before going international? If to compare between Proton and Perodua, Perodua is my choice D
** Don’t mind me if there’s too much mistakes. Please correct me **

++personal beez++

  • I'm beez
  • From kelantan, Malaysia
  • ++seorang insan yang mempunyai kelemahan dan kekuatan tersendiri.++
++profil beez++
  • ++ahmad ridzuan ab ghafa++
    ++23 october 1983++
    ++tanah merah,kelantan++
    ++mjsc of pasir tumboh++
    ++mjsc of kota putra++
    ++ambang asuhan jepun++
    ++kyushu institute of tech++
    ++++++++++++++
    bermimpilah tentang apa yang kamu ingin kan
    pergilah ke tempat-tempat yang kamu ingin pergi
    jadilah seperti yang kamu inginkan
    kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan
    dan satu kesempatan untuk kamu melakukan hal-hal yang kamu ingin lakukan

  • Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan(menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya

  • ++Five For Fighting-Superman(It`s Not Easy)++
    :: MalaysiaTopBlogs ::